Pages

pesanan yang sering dilupakan

Firman Allah yang berbunyi:
Wahai manusia!bertakwalah kepada tuhanmu dan takutlah pada hari yang(ketika itu)seorang bapa tidak dapat menolong anaknya ,dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sungguh janji Allah pasti benar maka janganlah sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah.
Menyedari bertapa pentingnya didikan seorang yang bergelar ayah dan ibu pastinya tugas yang dipikul amatlah berat,namun ganjaran yang hebat disebalik tugas yang berat.

Dalam al quran ada menyebut tentang satu surah yang mana telah tercatat tentang seorang hamba yang bernama luqman al hakim,berlaku khilaf ulama dalam menentukan siapakah luqman al hakim.ada yang berpendapat beliau merupakan seorang nabi,dan ada juga yang berpendapat beliau merupakan seorang hamba allah yang soleh.apa yang boleh diambil didalam surah luqman adalah pendidikan yang telah diajarkan oleh beliau kepada anak-anaknya.semoga pesanan ini diamalkan oleh kita bersama.
Antaranya adalah :

1. Wahai anakku,janganlah engkau mempersekutukan allah,sesungguhnya mempersekutukan allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.

2. Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya.ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah,dan menyusukannya selama dua tahun.bersyukurlah kepada Allah dan kedua orang tuamu.hanya kepada Allah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Allah denngan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu,maka janganlah engkau mentaati keduanya,dan berbuatlah kebaikan pada keduanya di dunia ,dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Allah.maka Allah akan memberi tahu apa yang telah kamu kerjakan.

4. Wahai anakku,sungguh jika ada suatu perbuatan seberat biji sawi,dan berada dalam batuatau dilangitatau dibumi,nescaya Allah akan memberi balasan.sesungguhnya Allah maha halus mahateliti.

5. Wahai anakku,laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari berbuat mungkar dan bersabarlahterhadap apa yang menimpamu,sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.

6. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia(kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.

7. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

sudahkah kita bersyukur??

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 18 yang tafsirnya:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Justeru itu perlulah kita menyedari segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, senang, mudah bergerak, bercakap, melihat, mendengar dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Allah s.w.t. berfirman:
”Adapun manusia apabila Tuhannya menguji lalu memuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka ia berkata: ”Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata: Tuhanku menghinaku.” (Al-Fajr: 15-16)
Maka perlulah kita menyedari bahawa hidup kita di dunia ini adalah ujian, kadang-kadang kita diuji dengan kebaikan atau musibah.
”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenar-benarnya; Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiya: 35)
Setelah kita berusaha mencari dan memikirkan nikmat-nikmat ini sudah pasti seterusnya adalah menjadikan ianya bekalan iaitu ma’rifah dan jasa Allah terhadap diri kita. Dengan adanya bekalan ini, dapatlah kita menjadikan ia sebagai pendorong untuk mentaati, memuliakan, mengagungkan dan mensyukuri dengan baik kepada Allah. Seandainya Allah tidak memberikan rahmat-Nya kepada hamba-Nya, maka nikmat-nikmat itu akan berubah menjadi bala yang menyebabkan kecelakaan kepada manusia dan mendorong ke arah penderhakaan.
Sesungguhnya mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda hampirnya dan kecintaan seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah.

merenung sejenak nikmat allah

Setiap masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Kita sering melihat manusia saling memuji apabila salah seorang di antara kita menghulurkan bantuan atau memberi derma kepada yang memerlukan. Tetapi di sebaliknya kebanyakan darinya tidak memberi pujian kepada yang lebih berhak dari mereka di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada manusia walaupun nikmat itu sangat besar dan berharga.
Sebaliknya segala kurniaan nikmat yang diberiNya banyak di kalangan kita menggunakannya ke arah keburukan dan membawa kepada menderhakaiNya. Kita tidak menyedari betapa bernilainya nikmat tersebut kepada kita dan setelah kehilangannya barulah ketika itu kita kembali kepada Allah dengan berdoa. Allah s.w.t. berfirman :
”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (An-Nahl: 53-55)
Sesungguhnya di antara nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam. Allah s.w.t. berfirman:
”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Ma’idah: 3)
”Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.:”(Ali-Imran: 19)
”Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
Sebahagian besar dari golongan kita tidak menyedari dan menghargai nikmat besar kerana mungkin mereka mewarisi Islam tanpa susah payah dan tidak berusaha untuk mengenal kebaikan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam adalah segala-galanya dan tiada bandingan dengan nikmat yang lain. Hanya dengannya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup maka kita perlu berusaha menjadi muslim yang sentiasa bersyukur kerana mendapat nikmat yang besar ini. Nikmat Islam adalah yang paling mahal dan tinggi nilainya kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke hari akhirat.
Sekali lagi kita cuba membayangkan bagaimanakah jika penglihatan kita rosak atau tidak berfungsi hingga mengganggu aktiviti harian kita? Sudah tentu segalanya akan terganggu dan terbatas. Di tambah pula dengan hilangnya pendengaran dan pita percakapan kita? Tanyalah iman kamu sejauh mana kesabaran dan keredhaan kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Dengan ini marilah kita menggunakan segala nikmat-nikmat tersebut ke arah kebaikan untuk mentaati Allah. Baca dan renungilah ayat-ayat suci ini dengan memuji Allah kerana kurniaan rahmat dari-Nya.
”Hai manusia, apakah yang memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.”
(Al-Infithar: 6-8)
marilah kita sama-sama meneliti sejauh mana kita mensyukuri segala nikmat yang allah telah kurniakan kepada kita.semoga kita tergolong dari golongan yang selalu bersyukur dan mendapat redha dari allah s.w.t

Bagaimana untuk mudah bangun solat malam???

Petua dari Imam Al-Ghazali:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

kelebihan qiyammullail (bhg2)

Apakah kelebihan-kelebihan itu?
• Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
• Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
• Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)
• Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)
• Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).

kelebihan qiyammullail (bhg1)

APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.
Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)
Dari A’isyah r.a. pula bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat. (Muttafaqun ‘alaih)

akhlak nabi s.a.w

Sama ada disedari atau tidak, kadang-kadang seseorang itu tidak merasa kenyang walaupun ia makan banyak. Sebaliknya ada pula orang yang makan sedikit tapi sudah merasa kenyang.
Dalam hal ini, ia antara lain, tentulah bergantung kepada berkat makanan yang dimakan itu. Ia berkat kerana membaca Bismillah, membasuh tangan sebelum makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, makan dengan tangan kanan dan makanannya pula halal dan bersih dari perkara syubahat. Selain itu sebelum dan sesudah makan sentiasa dalam berwudhu.
Ka'ab bin Malik menceritakan melalui hadis riwayat Imam at-Tirmizi : " Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjilat jarinya
( sesudah makan ) tiga kali".
Baginda melakukan demikian kerana kita tidak tahu di jari mana yang berkat rezeki Allah sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud : " Apabila salah seorang dari kamu selesai makan, maka jilatlah jari-jarinya ( jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari ) kerana dia tidak tahu dimana satu keberkatan ( rezeki Allah )
( Hadis riwayat Imam Muslim )
Aisyah Ummul Mu'minin Radhiallahu Anhu bercerita maksudnya : " Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat. Tiba-tiba datang seorang Arab, lalu ia turut serta memakannya dua suap. Maka Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Sekiranya ia membaca Bismillah, tentu makanan itu cukup untuk kamu semua".
[ Diriwayatkan oleh Abu Bakar, Muhammad bin Abban, dari Waki', dari Hisyam al-Distiwai, dari Budail bin Maisarah al-Uqaili, dari Abdullah bin 'Ubaid bin 'Umair dari Ummu Kalsum]
Dari sudut kesihatan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memberi panduan supaya kita tidak makan melebihi keperluan tubuh sehingga perut buncit kerana terlalu kenyang. Sabda Baginda maksudnya :
"Manusia jangan memenuhkan perutnya kerana yang demikian itu tidak baik bagi perut. Cukuplah bagi manusia itu makan beberapa suap yang sekira-kira dapat menegakkan tulang punggungnya. Apabila ia terpaksa makan lebih dari itu, hendaklah perutnya itu dibagi tiga. Sepertiga diisi makanan, sepertiga diisi air, dan sepertiga diisi lagi untuk udara ( bernafas )"
[ Hadis riwayat Ibnu Majah ]
Mengenai doa pula, dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhuma Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda. " Apabila seorang kamu memakan makanan maka hendaklah ia membaca :

"Ya Allah ! Limpahkanlah keberkatan kepada kami dan berilah kami makanan yang baik daripadanya"
[Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban ]
Dalam hadis lain diriwayatkan, bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila telah selesai dari makan dan minum Baginda membaca :

Maksudnya : " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami termasuk golongan orang-orang Islam".
[Hadis riwayat al-Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Sa'id Radhiallahu Anhum ].
Itulah antara akhlak Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam dalam perkara makan minum untuk menjadi panduan dan ikutan.